Salam Perkenalan Buat Semua

Selamat datang semoga cacatan rinkas di ruangan ini memberi seribu manfaat kepada saya dan semua pembaca.

Wednesday, February 17, 2010

Masalah itu menuju kepada KENIKMATAN yang sebenar..

Salam pembaca, Alhamdulillah...aku masih dianugerahkan kesempatan dan upaya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini.

Baru-baru ini, aku deman, lenguh semua otot2, apabila jatuh sakit baru aku mengetahui nilai sebenar kesihatan yang dianugerahkan Allah sebelum ini.

Selain sakit, aku juga menghadapi masalah rohani, fikiran kusut, hati tidak setenang air sungai yang mengalir serta pelbagai kerungsingan yang membelenggu diri.

Buntu apabila memikirkan masalah atau ujian yang diberikan ini, perasaan malas yang melampau membuatkan diri lebih tertekan kerana tidak mampu berkarya seperti biasa.

Selepas menempuhinya dengan pelbagai cara termasuk menyibukkan diri dengan aktiviti kekeluargaan, kerungsingan itu kian hilang, namun ia tidak lama, menjelang malam sebelum tidur hati ini akan terbeban dengan perasaan tidak tenteram seolah2 rambut sedang bersimpul di hati.

Aku rungsing memikirkan masalah itu, tidak tahu di mana ingin diluahkan sehingga mengambil keputusan untuk tidur dengan harapan selepas bangun ia akan hilang dan kembali seperti biasa.

Ternyata, benar kata bijak pandai, orang lain mungkin boleh ditipu tetapi tidak pada hati sendiri, tidur juga membuatkan aku berasa tidak tenang, jantung berdegup kencang.

Bagaimanapun, aku bersyukur kerana semalam (17.2.10) segala perasaan tidak tenteram itu terubat sebaik sahaja kaki kananku melangkah ke Masjid Kampung Laut untuk mengerjakan solat asar.

Sudah lama aku tidak berasa setenang itu ketika bersujud di hadapanNya, hati aku kembali ceria tetapi ia hanya di Masjid atau Surau menyebabkan pada malamnya aku ke Surau Kondo Rakyat untuk mengerjakan solat Isyak.

Lebih kurang setengah jam di surau itu, perasaan aku sayu dan  tenang, semua masalah atau keraguan yang bermain difikiranku kuserahkan semua kepada Allah untuk menyelesaikanya.

Disebalik kesusahan itu, aku memanjat syukur kepada Allah kerana mengembalikan aku ke jalanNya, aku bernasib baik kerana tidak terus lalai dibuai keseronokkan dunia yang sementara atau mencari asbab dunia untuk menyelesaikan masalah.

Pagi ini, hujan lebat pada jam 1 pagi 18.2.10. sungguh nyaman udara,hujan ini petanda rezeki semua makhluk ditetapkan. akhirnya aku tersentak dari mimpi dunia yang sementara...kesulitan yang dilalui sebenarnya menuju kenikmatan yang tiada noktahnya sebaik sahaja kita mula bersujud serta menyerahkan semua urusan kepada yang Maha Esa.

Disaat aku bakal menjadi seorang bapa, Allah menyedarkan aku supaya menjadi seorang bapa yang soleh, InsyaAllah berkat hujan rahmat ini aku akan berusaha untuk menjadi seorang muslim, bapa dan suami yang metaati perintah Allah mengikut sunnah Rasullullah s.a.w.

Walaupun aku tahu, dugaan dan syaitan akan cuba mengoyahkan keimananku namun aku tetap cuba bertahan sehingga malaikat maut datang menjemput aku...

Ya ALLAH....Jadikanlah Aku seorang Hamba yang sentiasa mentaatimu seperti Rasulullah dan sahabatnya..amin...

No comments:

Post a Comment