Salam Perkenalan Buat Semua

Selamat datang semoga cacatan rinkas di ruangan ini memberi seribu manfaat kepada saya dan semua pembaca.

Thursday, February 11, 2010

ISTIDRAJ...Jangan tertipu

Salam pembaca, SubhanAllah...mengeletar tubuh apabila membaca buku Fadhilat Sedekah Jilid 2 mengenai ISTIDRAJ selepas solat Maghrib tadi. ISTIDRAJ membawa maksud kita mengecapi kebahagian dunia dengan kemewahanya tetapi dalam masa yang sama kita tidak memenuhi tuntutan agama serta bergelumang dengan dosa menyebabkan kita asyik dengan kehidupan berkenaan tanpa memikirkan taubat dan azab Allah.Ya Allah lindungilah aku dan keluarga daripada hijab itu Ya Allah.

Menurut cacatan yang ditulis Maulana Zakariya rah di dalam buku itu, manusia di dunia akhir zaman yang lemah imannya akan berterusan melakukan maksiat dan mengharapkan keredaan Allah dengan sangkaan Allah itu maha pengampun dan maha pengasih.

Mereka terus melakukan maksiat sebelum memohon keampunan daripada Allah,dengan harapan itu mereka tidak ragu-ragu untuk terus melakukan maksiat.

Menurut penjelasan di dalam buku ini (Fadhilat Sedekah), mengharap rahmat dan keampunan serta berdoa kepada Allah ialah berbeza daripada mengikut hawa nafsu dengan harapan bahawa kita pasti diampunkan jesteru bebas melakukan apa sahaja ialah kesesatan yang diperdaya oleh syaitan laknatullah.

"Janganlah kalian diperdayakan oleh kehidupan dunia(yakni menyibukkan diri dengan dunia sehingga melupakan akhirat) dan janganlah pula penipu (syaitan) menipu kamu mengenai Allah" (Luqman:33).Hadrat Saeed Ibnu Jubair rah berkata maksud 'menipu kamu mengenai Allah' ialah kamu sentiasa melakukan dosa dan terus mengharap keampunan Allah.

Itu sahaja yang boleh dikongsi untuk ruangan kali ini, memandangkan azan Isyak sudah berkumandang, saya terpaksa menghabiskan catatan saya di sini sahaja. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment