Salam Perkenalan Buat Semua

Selamat datang semoga cacatan rinkas di ruangan ini memberi seribu manfaat kepada saya dan semua pembaca.

Monday, February 8, 2010

Haiwan juga berusaha untuk hidup..Allahhuakhbar..


Salam pembaca, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada aku untuk terus bernafas seterusnya mencoretkan sedikit pandangan naif di lembaran ini.Pagi ini aku bangkit pada jam 6 pagi dengan semangat berkobar-kobar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Membersihkan badan dengan air yang bersih kemudian mengambil wuduk sebelum menunaikan solat subuh dan menadah kedua belah tangan memohon supaya semua ahli keluargaku dirahmati selain tuntutan-tuntutan keperluan dunia yang sementara menjadi amalanku seharian, bagaimanupun pernah juga aku terlena sehingga habis waktu subuh, 'Ya Allah ampunkan dosaku atas kelemahan hambamu ini'.

SEMALAM, aku tertarik dengan rancangan Animal Planet di saluran tv berbayar yang bertajuk Big Cat Diary, ia mengisahkan kehidupan haiwan harvivor iaitu species kucing termasuk harimau, singa dan cheetah.

Haiwan ganas ini hanya menghabiskan masa dengan memburu haiwan lain seperti seladang, rusa atau kuda belang.Pada pandangan rohani, aku melihat kebesaran Allah mejadikan pelbagai hidupan di dunia ini untuk manusia berfikir.

APA? alasan yang boleh kita berikan apabila melihat haiwan yang langsung tidak berdosa juga terpaksa berusaha keras untuk mencari rezeki dengan mengejar mangsa-mangsanya tanpa menunggu rezeki itu datang bergolek.

Kadang-kadang aku tertawa apabila mendengar dakwaan segelintir pihak yang berkata dengan megah, bahawa mereka hanya bergoyang kaki di rumah dan memperolehi rezeki melimpah ruah.Apa dan siapa kita untuk memperoleh rezeki semudah itu.Tidak cukup dengan hanya berdoa dan berharap tanpa berusaha.

Sedangkan kekasih Allah, Rasulullah s.a.w pernah menjaga kambing untuk mencari rezeki malah Rasulullah s.a.w berniaga ke Sham, apa pula hujah yang boleh kita berikan untuk hanya berdoa, doa dan doa untuk mendapatkan rezeki.

PELIK, haiwan yang suci daripada dosa pun perlu berkerja keras untuk mendapatkan makanan, apatah lagi kita yang penuh dosa ini, adakah Allah akan memberi rezeki kepada kita semudah itu tanpa berusaha.

Bagaimanapun, kita dilarang mempercayai dan menzahirkan kepercayaan kepada usaha kita semata-mata di atas rezeki yang diperolehi kerana dalam apa cara sekalipun kita memperolehi rezeki, itu ialah kurniaan Allah dan pemberiannya yang telah ditetapkan sejak di alam roh lagi.

Alhamdullilah, Allah masih memberi taufik kepada aku untuk berfikir akan kebesaran Allah, memikirkan setiap pekara yang berlaku di sekelilng ialah pelajaran yang mempunyai hubung kait dengan hidupku seharian, ingatlah berfikir sesaat akan kebesaran Allah besar fadhilatnya.

BERSYUKURLAH dengan REZEKI yang diperolehi, tingkatkan kualiti ibadat pada setiap hari, sentiasalah mengingati MATI, dan redhalah akan ketentuan Allah serta hidupkanlah SUNNAH Rasulullah S.A.W.

Setakat ini sahaja yang boleh aku coretkan untuk tatapan pembaca dan mengigati diri aku lemah dan naif ini.

Yang Baik Itu Datang Daripada Allah dan Yang Lemah Itu Juga Datang Daripada Allah Asbab Kelemahan Aku, Aku Memohan Maaf Kepada Semua Pebaca dan Memohon Ampun Kepada Allah.

Sekian...Wasalam.

No comments:

Post a Comment