Salam Perkenalan Buat Semua

Selamat datang semoga cacatan rinkas di ruangan ini memberi seribu manfaat kepada saya dan semua pembaca.

Wednesday, February 17, 2010

Masalah itu menuju kepada KENIKMATAN yang sebenar..

Salam pembaca, Alhamdulillah...aku masih dianugerahkan kesempatan dan upaya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini.

Baru-baru ini, aku deman, lenguh semua otot2, apabila jatuh sakit baru aku mengetahui nilai sebenar kesihatan yang dianugerahkan Allah sebelum ini.

Selain sakit, aku juga menghadapi masalah rohani, fikiran kusut, hati tidak setenang air sungai yang mengalir serta pelbagai kerungsingan yang membelenggu diri.

Buntu apabila memikirkan masalah atau ujian yang diberikan ini, perasaan malas yang melampau membuatkan diri lebih tertekan kerana tidak mampu berkarya seperti biasa.

Selepas menempuhinya dengan pelbagai cara termasuk menyibukkan diri dengan aktiviti kekeluargaan, kerungsingan itu kian hilang, namun ia tidak lama, menjelang malam sebelum tidur hati ini akan terbeban dengan perasaan tidak tenteram seolah2 rambut sedang bersimpul di hati.

Aku rungsing memikirkan masalah itu, tidak tahu di mana ingin diluahkan sehingga mengambil keputusan untuk tidur dengan harapan selepas bangun ia akan hilang dan kembali seperti biasa.

Ternyata, benar kata bijak pandai, orang lain mungkin boleh ditipu tetapi tidak pada hati sendiri, tidur juga membuatkan aku berasa tidak tenang, jantung berdegup kencang.

Bagaimanapun, aku bersyukur kerana semalam (17.2.10) segala perasaan tidak tenteram itu terubat sebaik sahaja kaki kananku melangkah ke Masjid Kampung Laut untuk mengerjakan solat asar.

Sudah lama aku tidak berasa setenang itu ketika bersujud di hadapanNya, hati aku kembali ceria tetapi ia hanya di Masjid atau Surau menyebabkan pada malamnya aku ke Surau Kondo Rakyat untuk mengerjakan solat Isyak.

Lebih kurang setengah jam di surau itu, perasaan aku sayu dan  tenang, semua masalah atau keraguan yang bermain difikiranku kuserahkan semua kepada Allah untuk menyelesaikanya.

Disebalik kesusahan itu, aku memanjat syukur kepada Allah kerana mengembalikan aku ke jalanNya, aku bernasib baik kerana tidak terus lalai dibuai keseronokkan dunia yang sementara atau mencari asbab dunia untuk menyelesaikan masalah.

Pagi ini, hujan lebat pada jam 1 pagi 18.2.10. sungguh nyaman udara,hujan ini petanda rezeki semua makhluk ditetapkan. akhirnya aku tersentak dari mimpi dunia yang sementara...kesulitan yang dilalui sebenarnya menuju kenikmatan yang tiada noktahnya sebaik sahaja kita mula bersujud serta menyerahkan semua urusan kepada yang Maha Esa.

Disaat aku bakal menjadi seorang bapa, Allah menyedarkan aku supaya menjadi seorang bapa yang soleh, InsyaAllah berkat hujan rahmat ini aku akan berusaha untuk menjadi seorang muslim, bapa dan suami yang metaati perintah Allah mengikut sunnah Rasullullah s.a.w.

Walaupun aku tahu, dugaan dan syaitan akan cuba mengoyahkan keimananku namun aku tetap cuba bertahan sehingga malaikat maut datang menjemput aku...

Ya ALLAH....Jadikanlah Aku seorang Hamba yang sentiasa mentaatimu seperti Rasulullah dan sahabatnya..amin...

Thursday, February 11, 2010

ISTIDRAJ...Jangan tertipu

Salam pembaca, SubhanAllah...mengeletar tubuh apabila membaca buku Fadhilat Sedekah Jilid 2 mengenai ISTIDRAJ selepas solat Maghrib tadi. ISTIDRAJ membawa maksud kita mengecapi kebahagian dunia dengan kemewahanya tetapi dalam masa yang sama kita tidak memenuhi tuntutan agama serta bergelumang dengan dosa menyebabkan kita asyik dengan kehidupan berkenaan tanpa memikirkan taubat dan azab Allah.Ya Allah lindungilah aku dan keluarga daripada hijab itu Ya Allah.

Menurut cacatan yang ditulis Maulana Zakariya rah di dalam buku itu, manusia di dunia akhir zaman yang lemah imannya akan berterusan melakukan maksiat dan mengharapkan keredaan Allah dengan sangkaan Allah itu maha pengampun dan maha pengasih.

Mereka terus melakukan maksiat sebelum memohon keampunan daripada Allah,dengan harapan itu mereka tidak ragu-ragu untuk terus melakukan maksiat.

Menurut penjelasan di dalam buku ini (Fadhilat Sedekah), mengharap rahmat dan keampunan serta berdoa kepada Allah ialah berbeza daripada mengikut hawa nafsu dengan harapan bahawa kita pasti diampunkan jesteru bebas melakukan apa sahaja ialah kesesatan yang diperdaya oleh syaitan laknatullah.

"Janganlah kalian diperdayakan oleh kehidupan dunia(yakni menyibukkan diri dengan dunia sehingga melupakan akhirat) dan janganlah pula penipu (syaitan) menipu kamu mengenai Allah" (Luqman:33).Hadrat Saeed Ibnu Jubair rah berkata maksud 'menipu kamu mengenai Allah' ialah kamu sentiasa melakukan dosa dan terus mengharap keampunan Allah.

Itu sahaja yang boleh dikongsi untuk ruangan kali ini, memandangkan azan Isyak sudah berkumandang, saya terpaksa menghabiskan catatan saya di sini sahaja. Wallahualam...

Monday, February 8, 2010

Haiwan juga berusaha untuk hidup..Allahhuakhbar..


Salam pembaca, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada aku untuk terus bernafas seterusnya mencoretkan sedikit pandangan naif di lembaran ini.Pagi ini aku bangkit pada jam 6 pagi dengan semangat berkobar-kobar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Membersihkan badan dengan air yang bersih kemudian mengambil wuduk sebelum menunaikan solat subuh dan menadah kedua belah tangan memohon supaya semua ahli keluargaku dirahmati selain tuntutan-tuntutan keperluan dunia yang sementara menjadi amalanku seharian, bagaimanupun pernah juga aku terlena sehingga habis waktu subuh, 'Ya Allah ampunkan dosaku atas kelemahan hambamu ini'.

SEMALAM, aku tertarik dengan rancangan Animal Planet di saluran tv berbayar yang bertajuk Big Cat Diary, ia mengisahkan kehidupan haiwan harvivor iaitu species kucing termasuk harimau, singa dan cheetah.

Haiwan ganas ini hanya menghabiskan masa dengan memburu haiwan lain seperti seladang, rusa atau kuda belang.Pada pandangan rohani, aku melihat kebesaran Allah mejadikan pelbagai hidupan di dunia ini untuk manusia berfikir.

APA? alasan yang boleh kita berikan apabila melihat haiwan yang langsung tidak berdosa juga terpaksa berusaha keras untuk mencari rezeki dengan mengejar mangsa-mangsanya tanpa menunggu rezeki itu datang bergolek.

Kadang-kadang aku tertawa apabila mendengar dakwaan segelintir pihak yang berkata dengan megah, bahawa mereka hanya bergoyang kaki di rumah dan memperolehi rezeki melimpah ruah.Apa dan siapa kita untuk memperoleh rezeki semudah itu.Tidak cukup dengan hanya berdoa dan berharap tanpa berusaha.

Sedangkan kekasih Allah, Rasulullah s.a.w pernah menjaga kambing untuk mencari rezeki malah Rasulullah s.a.w berniaga ke Sham, apa pula hujah yang boleh kita berikan untuk hanya berdoa, doa dan doa untuk mendapatkan rezeki.

PELIK, haiwan yang suci daripada dosa pun perlu berkerja keras untuk mendapatkan makanan, apatah lagi kita yang penuh dosa ini, adakah Allah akan memberi rezeki kepada kita semudah itu tanpa berusaha.

Bagaimanapun, kita dilarang mempercayai dan menzahirkan kepercayaan kepada usaha kita semata-mata di atas rezeki yang diperolehi kerana dalam apa cara sekalipun kita memperolehi rezeki, itu ialah kurniaan Allah dan pemberiannya yang telah ditetapkan sejak di alam roh lagi.

Alhamdullilah, Allah masih memberi taufik kepada aku untuk berfikir akan kebesaran Allah, memikirkan setiap pekara yang berlaku di sekelilng ialah pelajaran yang mempunyai hubung kait dengan hidupku seharian, ingatlah berfikir sesaat akan kebesaran Allah besar fadhilatnya.

BERSYUKURLAH dengan REZEKI yang diperolehi, tingkatkan kualiti ibadat pada setiap hari, sentiasalah mengingati MATI, dan redhalah akan ketentuan Allah serta hidupkanlah SUNNAH Rasulullah S.A.W.

Setakat ini sahaja yang boleh aku coretkan untuk tatapan pembaca dan mengigati diri aku lemah dan naif ini.

Yang Baik Itu Datang Daripada Allah dan Yang Lemah Itu Juga Datang Daripada Allah Asbab Kelemahan Aku, Aku Memohan Maaf Kepada Semua Pebaca dan Memohon Ampun Kepada Allah.

Sekian...Wasalam.

Redha pada kesusahan


Kesusahan itu ialah ujian untuk terus mengingati Allah, kekayaan itu juga ujian untuk menilai ketaatan seorang hamba kepada yang maha pecipta.Redha dengan rezeki yang ditetapkan, bersyukur dengan ketentuaNya kelak kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Hidup tanpa ujian dan kesusahan itu sepi tiada corak dan rentak malah membosankan, dunia memang dipenuhi ujian serta kesusahan.Jesteru wajarlah jika kita susah di dunia tanda kecintaan Allah kepada kita.

'SUSAH' apa kesusahan kita sehingga mahu melatah? adakah kita tidak makan seminggu?jika tidak sampai ke tahap itu jangan takrifkan apa yang dilalui itu ialah kesusahan kerana masih ada insan yang lebih susah daripada itu, mereka tidak pernah mengimpikan kekayaan tetapi hanya sekadar sesuap nasi pada setiap hari, itu sudah memadai.

Masa ialah penyelesai masalah, pasang surut iman mu ialah perkara biasa bagaimanapun kamu dituntut supaya mencaj (meningkatkan) iman mu dengan perbanyakkan ibadat kepada Allah...

Kepada pembaca, bersyukurlah dengan apa yang ada, rezeki secupak yang ditetapkan Allah tidak akan datang selori..bersyukurlah wahai insan.

Cintaku hanya untuk Allah dan Rasulullah s.a.w

Cintailah Allah dan Rasulullah s.a.w, semoga kamu dirahmati